Monday 2 November 2015

SEJARAH BANGUNAN MERAH

#JEJAK SEJARAH

Stadthuys dalam bahasa Belanda dikenali sebagai dewan perbandaran. Bangunan Stadthuys yang serba merah warnanya merupakan sebuah binaan yang bersejarah yang dibina oleh kuasa Belanda semasa menguasai pentadbiran Melaka. Bangunan ini dibina di antara tahun 1641 hingga 1660 dipercayai merupakan bangunan Belanda yang paling lama di Timur. Bangunun ini penuh dengan reka bentuk bercirikan Belanda. Stadthuys digunakan sebagai penempatan rasmi gabenor Belanda. Bangunan bersejarah ini terletak bersebelahan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia. Bangunan Stadhuys dikekalkan sehingga hari ini. Kini, bangunan ini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium sastera serta Muzium pemerintahan demokrasi.
sumber :  : http://www.arenasejarah.com/index.php/today-in-history/bangunan/stadhuys